Proton Juara ini memang ‘CHAMPION’

Proses modifikasi ambil masa tujuh bulan dengan kos mencecah RM25,000



Jika melihat Proton Juara ini, pasti mata anda terpegun melihat gaya penampilannya kerana ia tidak membosankan dan berkotak seperti model standard.

Jadi tanggapan untuk memanggil kereta kotak atau peti sejuk, perlulah dikikis oleh segelintir masyarakat kita kerana ia boleh menjadi cantik jika menerima sentuhan modifikasi.

Sebenarnya kenderaan segmen itu sangat popular di Jepun kerana menggunakan platfrom Mitsubishi Town Box Wide.


Proton Juara keluaran 2001 ini adalah kepunyaan Suffian Ibrahim Chooi, 33, yang bekerja sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Dia memilih Proton Juara kerana ia kenderaan yang ‘rare’ selepas hanya 3,000 unit dikeluarkan dari 2001 sehingga 2003.

Sufian berkata, projek baik pulih dan ubah suai itu mengambil masa tujuh bulan untuk disiapkan dengan menelan belanja hampir RM25,000.

Artikel penuh di laman web DREBAR

1 comment:

Copyright © 2013 Kelab Juara Selatan