Proton Juara ini memang ‘CHAMPION’

Proses modifikasi ambil masa tujuh bulan dengan kos mencecah RM25,000



Jika melihat Proton Juara ini, pasti mata anda terpegun melihat gaya penampilannya kerana ia tidak membosankan dan berkotak seperti model standard.

Jadi tanggapan untuk memanggil kereta kotak atau peti sejuk, perlulah dikikis oleh segelintir masyarakat kita kerana ia boleh menjadi cantik jika menerima sentuhan modifikasi.

Sebenarnya kenderaan segmen itu sangat popular di Jepun kerana menggunakan platfrom Mitsubishi Town Box Wide.


Proton Juara keluaran 2001 ini adalah kepunyaan Suffian Ibrahim Chooi, 33, yang bekerja sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Dia memilih Proton Juara kerana ia kenderaan yang ‘rare’ selepas hanya 3,000 unit dikeluarkan dari 2001 sehingga 2003.

Sufian berkata, projek baik pulih dan ubah suai itu mengambil masa tujuh bulan untuk disiapkan dengan menelan belanja hampir RM25,000.

Artikel penuh di laman web DREBAR

1 comments:

Cantiknya Si Juara






Editing by Fliqxxography Team
KJS31 Syahril @ Dik Ril

0 comments:

TTS KJS di Cafe RM5 Melaka


Banting ke Melaka bagaikan hanya memandu di Kuala Lumpur. Itulah persahabatan dan silaturrahim kami antara ahli KJS. TTS ini bukan sekadar perbincangan atau cakap-cakap kosong tetapi lebih kepada perancangan bagi acara gotong royong menyempurnakan majlis sambut menantu salah seorang dari ahli KJS. 



Cafe RM5 ini terletak di Taman Tasik Utama, Melaka berdekatan dengan MITC Melaka. Klik sini...







Alhamdulillah juadah yang dihidangkan memang padu, tak caya boleh rasa sendiri beb. Pasti puas hati 😘



0 comments:

Proton Juara Terus Menabur Bakti


Proton Juara ianya sebuah kereta yang amat berguna kepada pemiliknya, lagi-lagi bila untuk mengangkut barang. Setakat nak pindah satu dua barang semuanya jadi mudah.


Kali ini sahabat kita Mohd Syahril membawa sebuah peti ais dua pintu. Jimat RM300 sewa lori 1 tan. 

0 comments:

People State The Obvious - Mohd Khairul


Sekarang ni dah 3-4 kali tengok, bila mana masyarakat labelkan sesetengah kereta sebagai 'buruk' maka akan ada hero print screen post tersebut, share dalam group dan semua ahli group naik sheikh nak mengamok.

"Buruk pun geran di tangan"
"Kereta aku buruk tapi aku hari hari mkn ciken chop tau"
"Muka kau lagi buruk dari absober belakang yg leaking tu"

Haa akan keluar segala sumpah seranah. Sebenarnya kau patut relax jer. Manusia ni state the obvious. Apa dia nampak itu yang dia cakap. Kau pun nampak orang botak walaupun mcm Vin Diesel kau tetap panggil dia 'Botak', Kau nampak org gemok walaupun dia juara sumo sedunia kau pun panggil dia 'Badak'. Dah kereta kau pun compang camping belum cat lepas tukar bodypart superRare, kau ingat orang luar tau ke benda tu? 😁

Pakai kereta apa pun, kita ni cuma 'King' dalam kelompok kita sendiri, dalam grup kita sendiri dan hanya dihargai dalam 'player' itu sendiri. Kecuali kau pakai kereta 'Ultra' mewah seperti Ferrari, Lamborghini atau McLaren itu satu dunia tau dan akan puji kereta kau lawa.

Kau pakai Kancil full convert segala tok nenek aksesori atau kau beli Daihatsu Mira original 2-pintu, hanya kelompok dalam scene itu jer yang tau dan akan hargai apa yang kau ada. Kau pakai Wira, convert Evo III sampai bontot pun tukar, tukar axle jadikan 4wd atau kau ada rezeki lebih beli satu Evo III ori import, hanya player juga yang akan hargai atau iktiraf kau sebagai hardcore. Masyarakat? depa still akan cakap kau pakai Kancil (walaupun Mira) atau still cakap kau pakai Wira dan paling epik akan membodohkan kau sebab belanja bagai nak gila untuk sebuah Kancil dan Wira. Bini dan mak bapak adalah orang paling rapat dan senang untuk kau fikir mcm mana orang luar punya fikiran. Cuba kau bg tau mak kau enjin Evo III Wira kau tu kau beli enjin seken (halfcut) harga RM20k, kau rasa mak kau peluk cium cakap tahniah laa dapat pakai atau kau rasa ada sebakul hamun sampai? 🤔😂

Jadi, buat pekak dan bertenang. Hobi ni satu benda yang takkan ada sorang pun dalam dunia yang akan faham. Tak payah nak bising bising dekat grup orang cakap Kancil buruk lah, Wira reban lah etc. Yang penting Proton Juara pun aku parking kat Jockey di Pavilion, dok sebelah Aston Martin 🤣

Duit kita, hobi kita & biarkan lah mereka 😉

Selamat Pagi Ahad! oleh Mohd Khairul (FB)

0 comments:

Santai Di Teratak KJS33 (Noris & Iqmal)



Sempat berTTS di teratak KJS33 Puan Noris dan Encik Iqmal, terima kasih atas layanan yang diberikan. Memang sedap jamuan petang yang disediakan dengan suasana kampung serta sungai di persekitaran.


Alhamdulillah dalam masa yang sama ahli KJS turut memberi bantuan, katanya belting alternator beliau hampir putus. 

Inilah yang kita panggil keluarga, saling bantu membantu antara satu sama lain.

0 comments:

Bila Juara Sudah Bikin, Haters Sila Main Jauh2


0 comments:

Juara Dalam Oh! Media


Terima kasih Oh! Media 

Terima kasih pada sahabat KJS : Ayen Shah

Terima kasih buat Kelab Juara Selatan

Terima kasih Proton Malaysia














0 comments:

Absorber Belakang Juara


Mencari atau tercari absorber belakang untuk Juara kesayangan anda... Harga pasti mampu milik. Terus hubungi En. Akib 0105425480 atau klik http://wasap.my/60105425480

Jangan lupa ahli KJS ada harga istimewa tau 😘

0 comments:

Update Careta - Gathering KJS di Putrajaya


Tengahari tadi, Careta dapat meluangkan masa bersama Kelab Proton Juara Selatan yang mengadakan perjumpaan bulanan mereka di Putrajaya.
Ada banyak gambar-gambar lain tetapi malam ini, Careta sajikan satu dahulu.
Stereng fold up, panel meter custom dari California dan kerusi SSCUS Kuantan menghiasi Juara mantap ini.












0 comments:

Gambar Gathering KJS - Februari










































0 comments:

Copyright © 2013 Kelab Juara Selatan